Thursday, December 15, 2011

Hate no one, no matter how much they've wronged you..

Live humbly, no matter how wealthy you become..
T
think positively, no matter how hard life is..

Give much, even if you've been given little..

Keep in touch with the ones who have forgotten you..

forgive those who has wronged you, 

And do not stop praying for the best for those whom you love.

i am shocked !

Salam.....

tak habes2 dengan shock aku ni kan..
ehh.. bese ah.. baru nak nampak dunia.. hihihihi !!

aku nak cite sal colleagues aku la.. ape lagik kan....
harini aku penat sikit bekerja . sebab aku kena tolong2 *tolong ke ? angkat barang untuk berhijrah....
berhijrah dari dalam bilik ke luar jek.. hekhek..
so, here apa yang wat aku shock sgt ni sebab......
aku yang kena pindah dulu. but barang2 aku suma senior2 aku yang tolong angkatkan !
wah ! baik betol kan. dorang yang bukak kn segala wire kat cpu aku tu..
dorang yang pasangkan balik..
dorang yang payah2 pikir cmane nak susun2 barang kat atas meja aku...
memang baik tau ! 
aku just tolong sikit2 jer.. angkat benda yang ringan2...jer.. hehehe....

aku solute kat dorang. even aku sorang je melayu. tapi dorang tetap baik ngan aku..
tu yang best tu....
lepas tu...lunch jer dorang tgu aku rehat. nak makan sama2..
kat tmpt aku yang chinese rehat kol 12.30...aku kol 12.45..
so dorang tgu aku rehat... slalu aku makan beli tapau makan sorang2 je tau kat office...
tapi hari ni aku makan ngan dorang.. hihihi..

time kat kedai makan, Ms. Goo ( Aku nyer senior la.. Account Exec ) amek kan pinggan aku, cedok kan nasi untuk aku.. wah.... baik kan... maybe dia memang jenis yang baik kot kan.. glad sgt dapat senior yang baik mcm tu..... :))) *slalu aku buat utk bangsa sejenis jek. hihihi...

lagi satu, setiap kali aku rehat, pas makan2 aku akan take time sikit on9 dulu baru aku pegi semayang tau.
tapi dorang ni tiap2 hari akan remind aku cakap.. " jila ha.. you tak pergi semayang ke ?" " eh jila... you sudah semayang meyh ? " , " eh. sudah pukul berapa ni. sempat tak you nak pegi semayang? ".. see ! 
aku plak yang segan.. hihi...

syukur sangat2 bila aku dpt kerja kat situ dan diketemukan dengan colleagues yang baik hati...
takde pic nak share kat korang la.. segan plak aku nak snap2 pic kat office tu .  hp pon cikai jek. 
nanti la.. if de mase aku share ah jugak kat korang environment kat office aku tu..

ha.... benda best yang aku dpt bila dah kena pindah meja di luar is,,,,dekat ngan pantry.. depan mata beb !! so pasni tanpa segan silu lah aku akan melantak segala hidangan yang ada kat pantry tu... hihiihihi~~~ 
:))
 






Sunday, December 11, 2011

- wordless-


IMY ABT.. :(









Tips tips ! :)

Petua Kuruskan Muka Tembam Pipi Tembam


Ha....... Semalam dah complaint2 pipi tembam sangat kan. So aku pon google la tips acane nak kempiskan pipi yang ter-over chubby ni ha........ 

JOm ! Check it out !!

Comel: Muka Tembam atau Pipi Tembam

Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam
Disusun oleh Amiene Rev 

Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.

Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. # memang sah. ni lah factor nyer. aku mmg suke tido pas makan. and aku memang pon suka gelak besaq ! hihihihi !!!  Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam. # ooo....patot laaaaa... hihiihihi!!

Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.
Tembam Yang Menakutkan


Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

Petua Kuruskan Muka Tembam Bagi Individu Berat Badan Normal
Kadang-kadang ada orang yang memiliki berat badan yang ideal, tetapi muka beliau bulat macam bola. Wajah yang seperti ini pastilah amat kelakar, bak kartun arnab Looney Toon yang dipanggil Bugs Bunny.

Sebab itulah bagi sesetengah orang, apabila diukur berat badannya menerusi Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan, didapati adalah normal atau ideal, tetapi disebabkan mukanya sahaja yang kelihatan gemuk, bulat dan tembam, menyebabkan dia disalah anggap sebagai gemuk! Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap individu tersebut kerana wajah tembam dan pipi gemuk yang dimilikinya menyebabkan dia sering dianggap gemuk, dikritik supaya turunkan lagi berat badan, dituduh dan difitnah kuat makan atau makan banyak, sedangnkan tuan punya badan punyalah menjaga makan dan minumnya!
Jurulatih Ansai Berwajah Tembam

Silapnya mungkin tuan punya badan kuat ketawa, selalu tidur selepas makan atau kuat bergurau. Patutlah kata orang, kalau kuat bergurau dan ketawa, badan sihat, kemungkinan ini merujuk pada kandungan lemak yang berkumpul pada pipi, dagu dan muka apabila seseorang itu kuat ketawa. Maklumlah, orang yang suka bergurau ini dianggap senang hati, manakala orang yang diam dan kurang bercakap dikatakan ada memendam masalah atau rasa tidak puas hati. Jadi bagaimanakah caranya hendak menguruskan muka yang tembam?

Cara keduanya ini hampir sama dengan senaman mimik muka yang disebutkan tadi, tetapi kali ini lebih kepada senaman mulut dan bibir. Mula-mula kuncupkan bibir macam hendak cium orang, tetapi anggaplah kakak-kakak sekalian hendak mencium putera katak supaya putera katak itu boleh menjelma menjadi putera raja yang tampan untuk menjadi pasangan hidup kakak-kakak sekalian. Ulang senaman ringkas ini secara laju-laju sampai bahagian rahang dan bawah dagu rasa lenguh dan tegang.
Kedua, naik atau lipatkan bibir bawah ke atas bahagian bibir atas seperti orang utan. Jangan risau kerana senaman ini tidak akan menyebabkan anda menjadi orang utan jadian. Ulang sampai 20 kali. Kata orang, kejayaan kaedah ini boleh diketahui apabila pada keesokkan paginya anda rasa sakit atau sengal-sengal pada bahagian leher. Jika hal ini berlaku, rehatlah dahulu sehingga kurang rasa sakit, lepas hilang rasa sakit barulah boleh disambung semula.

Choji Berwajah Tembam
PANDANGAN ORANG RAMAI TENTANG PIPI TEMBAM DAN MUKA TEMBAM
Amiene Rev telah menemubual beberapa orang warganegara Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka mengenai wajah yang tembam. Apakah puncanya muka jadi tembam, bagaimanakah cara mengatasi muka tembam, baguskah pipi tembam, sukakah pipi tembam dan lain-lain pendapat lagi berkenaan pipi tembam dan muka tembam.

Che Pah Tembam: "Pipi tembam itu kan cute, tetapi bergantung pada sesetengah oranglah. Ada yang anggap pipi tembam sebagai daya penarik tetapi ada juga yang anggap pipi tembam ni sebagai satu kekurangan pada wajah."

Mak Soh Awet Muda: "Comel apa pipi tembam. Apalah tak suka pipi tembam. Suami saya kata dia paling suka dengan pipi saya yang tembam ini. Lagi pun, ha, ini ada satu petua ni. Kalau nak awet muda macam Kak Soh ni, ini dia petua awet muda ni. Biarkan pipi kita ni tembam. Tengok Kak Soh, badan kurus tapi muka bulat dan tembam. Percayalah, kalau wajah tembam tu, rezeki awet mudalah tu, tak payah nak kempis-kempiskan. Takkan nak bagi cengkung pula. Buruklah."

Ning Gadis Nogori: "OK apa pipi tembam. Cute pun ada. Sesungguhnya kecantikan milik semua insan yang bersifat sementara. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Tuhan."

Noraniza Idzlan: "Pipi kita pun tembam juga. Dari dulu sampai sekarang tembam tak pernah susut. Badan kita ni pun dalam kategori kurus. Masalahnya, suami kita tak bagi kuruskan pipi. Dia paling suka pipi kita tembam. Dia kata dia suka. Kalau punca faktor pipi kita tembam ni, kita tahu. Puncanya kita suka gelak. Sebab kita ni tak kuat makan, tapi kuat gelak. Gelak melampau-lampau. Bahagia selalu. Hi! Hi! Hi! Ha! Ha! Ha!"

Chew Fei Mao: "Pipi tembam? Cuba kau kunyah chewing gum tiap-tiap hari. Kalau tak silap aku kunyah chewing gum itu bagus itu senaman mulut punya. Mungkin ada dapat mengurangkan ketembaman pipi itu."

Kegemukan Pada Wajah - Wajah Terlampau Tembam
Jiwa Tembam: "Dulu-dulu selalu rasa macam kena ejek bila orang lelaki cakap suruh kita tembamkan muka kita ni. Adalah rasa risau tu. Ingat nak hilangkan tembam ni, tapi ada juga yang puji. Senyum nampak comel. Tembam kalau sesuai dengan bentuk badan OK."

Gadis Cinta Kolestrol: "Dulu kita gemuk. Berat 60 kilogram lebih kurang. Lepas tu kita diet. Sekarang ni dah turun jadi 45 kilogram. Tapi pipi tak mahu kurus juga. Pening kepala dibuatnya."

KESIMPULAN: Kebanyakan orang yang melihat suka bila seseorang itu kelihatan tembam, namun yang empunya diri tidak suka mukanya kelihatan tembam..



haaaa....... try ek nnt... mane tau bekesan ke nnti kan... hihihi !! 

G**** !

ASSALAMUALAIKUM.....


Aku stress ! stress ! Stress !!
baru seminggu je kot aku kat jb....
nape bila aku balik kg je masing2 cakap aku dah berisi ni ???
ketara sgt eh aku yang minggu lepas dengan aku yang minggu ni ?


ape yang aku buat eh kat jb tu ?
keje je kot. tido pon tido malam jek. tak terlebih tido pon .
aku wat keje pon penat macam wat keje piling !
so apa yang dah wat aku jadi tekembang sgt nih ?
confuse jap !


segan nak upload pic terbaru. hihiihi !!
padahal aku dulu sibuk kot nak nk gemok sikit.
so skg bila dah gemok, nak complaint nak kurus blk plak..
confuse lagi ! hihihihi !!


bila dorang tego aku gemok, aku hanya mampu tergelak jek .
dalam hati remuk habes ni.. kahkahkah !!


tak bole control lah selera makan aku skrg.
jajan2 pon sekarang aku bedal jek kot. coklat2 pon sama !
padahal dulu aku nak tengok jajan2 ngan coklat ngan ice cream pon jeling2 jek dulu.
tapi sekarang tengok makanan2 tu lama kemain siap telan air liur lagi. choy !
maybe tu faktor nye kot ! 
waduh2...parah dah ni...............


# kecoh gila kan aku ni... !! lalalaalala~~~ :P

Sunday, December 4, 2011

Totally different ah!

Dulu aku hodoh. sekarang aku dah cantik !
Dulu aku gemok, sekarang aku dah slimmm ah !
Dulu aku masam, sekarang aku manyak manis ah !
Dulu aku tak happy, dan sekarang aku manyak happy ah !

ha... beza tak beza tak ? * sambil wat muke cute bodoh.
# seriously, statement di atas BUKAN refer kat aku eh. 

wait wait wait wait !

ASSALAMUALAIKUM ~~~

ok. mood nak bercerita dah ade...
haa... mesti ah nak cerita pasai life terbaru sekrang. sejak dah ade kerrrjaaayaaaa ni.... choy !
# clerk jek pon. aisehman...

awal2 aku nak cakap, i got culture shock !! 
pehhhh.. gila ah ! baru 2 hari setengah kerja dah culture shock seh !
# positive sikit eh... :)

dulu2, awal2 datang office, bukak broadband. 
tapi sekarang, wifi dah ade dah..

dulu2, datang2 office kena kemas2 dulu. sapu2 sampah .
sekarang, dah ade aweks indon yang bikin semua tu dah....

dulu2, sebelum wat kerja, breakfast dulu kat pantry.. kol 9 lebih baru start wat kerja.. tapi, tu kalau ade kerja lah..
sekarang, datang2, terus wat kerja.. mana tak nya, atas meja bersusun kerja nak kena buat..

dulu2, wat kerja diselangi dengan facebook and twitter bagai.. YM pon kenkdg....
dan juga blog2 gossip. wajib setiap hari tau ! #pekerja tak guna mcm ni lah ! haha.. 
sekarang, kerja tak sempat nak on9. on9 kejap je pon sebab nak tengok currency. skynet semua.

dulu2, wat kerja sambil beborak jugak. 
sekarang, nak bukak mulut pon pasal kerja je.. kalo tak.. diam jela.. dok dengar jer dorang borak2 dalam bahasa tercinta dia.. cina la.. apa lagi...

dulu2, sambil wat kerja sambil pikirkan lunch nak makan apa eh. sok pagi nak breakfast ape eh..
sekarang nak pikir sal makan pon tak sempat. tengok2 dah pukul 12.30.. tapi dah nak 12.30 pon mereka boleh lagi macam ni.. " jila ha.. nanti you tolong ini issue cheque, you nanti ha buat voucher ini.. you ha nanti call sekian2 tanya itu ini... nanti ha.. you kasi itu olang voucher ini.. " OMG OMG OMG !!
bila nak makan ni... bengang tu bengang jugak la.. tapi aku tak geram mane, sebab dorang pon sama jugak. kerja banyak. dorang lunch pon lambat jugak..

dulu2,  nak dekat 5.15, aku dah start kemas2 dah. 5.25 dah ade kt atas sofa borak2 sambil tunggu jam 5.30.. tepat2 je jarum saat dah sampai ke no 12, tepat2 5.30 terus kua office. see, betapa on time nye kitorang kan ! hahahaha !!
tapi sekarang, dah kol 5.30 macam pukul 4.30 lagi jekan.. kerja bertambah2.. kalo bole semua benda nak kena siapkan before balik. and perkara yang sama terjadi macam nak lunch tu. macam2 nak kena buat kalo dah pukul 5.30 tu.. so far aku balik nak dekat kol 6 la.. tu pon naseb bek aku bukak mulut cakap nak balik. kalo aku diam jek mau tak pukul 7 baru aku kua office... haih....

lagi satu, apa yang aku nampak kan. every single things dorang wat proper punyer. semua nak kena remarks. even nak pass document kat orang sebelah je pon. kalo nak wat account lagi lah details abes. 1 perkataan tak paham pun kena call tanya apa kejadah tu semua. nak2 bila nak deal dengan bos. gila kau. muka macam dah ade 5 botol cuka bertepek kat muka tu. seram mak nak ! tapi dah kerja kan.. by hook or by crook, kena lah buat.....  

tengok. berbeza kan kerja dengan company melayu dengan company cina ni kan.. 
tapi no wonder la.. big company lagipun.. so memang akan face dengan macam ni punya..
i take it, accept it as positive. it gives me an experience so that easier for me to face it in future. nanti tak lah shock sgt kan. ok ok.. positive keh.

aku tak merungut sangat la.. sebab berbaloi jugak lah kot kerja yang aku buat dengan gaji yang dia bagi....
tapi yang aku stress sikit, and wondering.. kerja kat account department memang muka2 orang yang selalu balik last eh  ?? hadoii... kenkadang rase mcam pas grad tanak kerja jek. kawen pastu dpt elaun dari husband    
sebanyak macam kalo aku kerja.. choy ! boleh macam tu ?? memang gila kan...

tapi tu baru clerk nye kerja je. belum lagi executive, officer semua.  lagi lah stress gak nya kan ! sian2.. naseb badan lah amek course account kan... 

Hmmmm... tak pe. mak ok jer ! hihihihi !

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah, 1433

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH , masih lagi aku berpeluang merasa hidup di tahun baru ni...
diam tak diam dah sampai 1433H dah kan... hmm.. apa lah azam aku untuk tahun baru ni kan..
rase nak tu rase nak ni .. macam2.. semua orang memang mcam tu pon. capai tak tercapai tu belakang cite. as long as we try to achieve that missions ! yeah ! hihihihi !!

Lets bygone be bygone. most important is, focus on what will happen in future. keep on try to be the better better better one than before ! Past is past, learn from them .

I am a kind of person who doesn't love with a kind of life with the past . i don't care about your past. but i do love the way you are now.  For me, everyone made mistakes. they have their own history that sometimes they cannot explain by their mouth. kan ?

Seriously, I am happy be the way i am now. yes. I AM HAPPY ! :)

Friday, November 25, 2011

Entri yang panjang .

ASSALAMUAILAIKUM !


haaa... harini aku rase nak cerita segala benda ! segala benda yang terjadik kat dalam idop aku around this week. standby2 lah korang menguap2 bace belog aku ni sambil peluk bantal ye ! hihihi !!

first and foremost, aku nak buat pengakuan BERANI MATI yang aku ade tipu beberapa pihak dalam minggu ni ! choy ! hahahah!! # tipu sunat jer tapi nye.. hihihihi !! tapi tu semua untuk kebaikan aku ! # silalah jengkelkan diri anda terhadap aku ! Hahaha ! dan aku TAK KAN buat pengakuan BERANI MATI aku untuk beritahu korang ape yang aku tipukan. sape yang ditipu , bende apa yang aku tipukan dan yang menipu dah tentunye AKU !! hekhekhek . :D

disebalik kes tipu menipu ni.. aku ade beberapa cerita yang agak best untuk di-sharekan.
jeng jeng jeng ~~

1. GUA NAK ABES PRAKTIKAL BEB !
   mane tak best weh . setelah kian lama menunggu, finally. dpt jugak aku abeskan praktikal aku ni dengan JAYANYA ! hahahaha ! lagi 2 ari keje jer lagi... counting the days ! hikhikhik... tapi, keje belum siap lagi... :(
takpe, lagi 2 ari aku akan bertungkus lumus settle kan tu semua eh ! don't worry ye akak2 ! ;)

2.AKU DAPAT KERJA BARU !
 Yeehaaa !! start 1hb ni aku kerja ! gila kau 30hb abes praktikal then 1hb terus lari ke jb kerja pulak..
penat tak penat mak nak nanti ! tape, untuk mencari rejeki, mak sanggup nak ! hehehe !!
tak sangka dapat plak aku kije kan. ALHAMDULILLAH~ thanks kat cousin aku jugak yang recommendkan kat aku.. # rahsia kite2 je okeh ! hikhik... So pasni aku bergelar account clerk ! hihihi.. excited gitu mak tau ! mak gune SPM je. Clerk pon clerk lah. Mak Okey Jer ! hihihihi !!

3. COUSIN AKU DAH KAWEN ! AKU BILE LAGI ? hihihihi !
 okeh, highlight yang agak miang plus gedix plus ngengade disitu ye ! hekhekhek .
last 11.11.11, waktu 11 lebeh pagi, terselamatlah majlis akad nikahnya kazen aku yang terSAYANG ke ni .. hihihi.. # eh.. ni cerita lama. bukan dalam event minggu ni pon.. ahhh...korang bace jelah !
line kat kg aku lambat la.. nak upload picture kazen aku yang HOT gila masa tu tak dpt ah... tape, korang bayangkan muke jasmin hamid, korang dpt imagine dia macammane on that time. most people yang dtg cakap mcamtu tau... SELAMAT PENGANTIN BARU.. UKI & SALWA ! untong ah kazen aku dpt husband yang gila2 ! erkk ! and untung jugak ko dapat PENGAPIT yang CUTE macam aku ni kan ! lalalalaala~~

4. AKU DATING LAGI SEMALAM ! lalalalalaa ~~
 choy ! benda macam ni pon nak cerita ke ? eh. bia lah. aku ni jenjarang dpt kua ala2 dating tau ! hahahaha !!
ala.. dating tak sampai 1 jam pon. highlight nak lebeh kan. and again, EH, BIA LA ! # sila jeling aku !!
tah hape mood abe yang CUTE tu nak hantar aku balik kerja.. maybe, sebab dia tawu aku da nak abes praktikal kan. so nanti dah susah nak jumpa ini aweks CUN ni berlegar2 around situ kan ! choy ! gua tak mencapup okeh ! then balik2 jer semalam,  aku soh encik Abe ni jangan stop depan umah, tak payah turun salam mak aku. terus reverse je.. and aku tak tahu lah pulak mak aku ade kat depan umah time tu.. so aku masuk2 umah jer mak aku tanya. sape tu ? mana kawan jila yang perempuan tu ? laki tu kan ? dalam hati aku,  mana satu aku nak jawab ni ? jawapan terbaik, ' yela.. laki.. takan tak bole kawan ngan laki kot ..'
and soalan terbaik dari mak aku, ' PAKWE BARU KE ?'    haaa... tu yang aku malas nak kua2 ngan laki amek anta kat umah ni.. seb bek aku bukan dari jenis yang suke kuo ngan mane2 laki. suma nanti mak aku cakap tu BOIPREN aku ! and jawapan aku mase tu .. ' banyak lah'  terussss masuk bilik.. # shy2 cat on that time ! hahaha !!

5. YEA,,,,ABES DAH !!
dari tadi ternguap2 kan korang! yela2.. nak abes dah ni.. hehehe !! sok cuti. yeah ! ahad pon cuti . yeah2 ! and isnin pon cuti !. yeah3 !!

' SALAM MAAL HIJRAH ! ;) '

Monday, November 21, 2011

Tak Shukew a.k.a tak suka !

Assalamualaikum ...


Ariew niew itew rasew malas sangat lew..
mulut pown rasew berat jew nak beborak ngan sesapeww..
itew tadew mood lah ariew niew.
rasew macam nak mengamok jew.. seb bek itew kat opis. kalaw kat umah, itew dah mengamok dah sambil kemas2 rumah .
itew pown tak tahu napew ngan itew harini..


itew memang macam niew..
macam orang gilew gaks kadang2...
menyampah kan...


Choy !


# sila tampo aku laju2 !! bye . :P

Wednesday, November 16, 2011

Nakal nya aku dolu2 . ;p

Salam all !


tetibe mood arini nak cerita zaman aku masa kecik2 dulu . hehe...
bukan apa tau. memandangkan aku berhadapan dengan scene yang 'nakal' . so ia membuatkan aku teringat jugak scene sama yang aku penah buat 12-13 tahun yang lepas...
haaaaa... curious tak ? hekhekhek . . :))


camni tau. macam biasa, anak boss aku akan naik office kalo time rehat. so dia akan makan, rehat2 dan semayang kat office before dia kena gi sekolah agama pulak.


so lepas dia dah kenyang2 suma, mood nak semayang tu mesti la malas gila kan. well.. budak2 kecik. around 12 years old budak ni . ktorang panggil dia Angah je .
budak ni selalu tau tipu time semayang. banyak kali aku prasan.
nanti kalo ada orang kat belakang, dia akan buat2 pegang2 sejadah lama2. ala2 nak muhasabah diri dulu la kononnya.. *puuiiihhh lah Angah ! but then aku pelik ah. lama no termenung. so aku pon buat2 lah gi depan. tapi dalam diam2 aku ngendap la.. korang tau apa yang die buat ??
still dok berdiri kat atas sejadah. tup2 terus skip rukun semayang terus duduk antara 2 sujud. then bagi salam!
erkk ! apakah maksodnya tu Angah?? aku tak berani lah pulak nak report kat mak die . yang aku ni pon satuu kannnnnnn . :)))


aku tak hairan tau apa yang dia buat tu sebenarnye. sebab aku dulu pon buat jugak ! Ops , kantoiii !!!
ye wei. bila teringat2 balik, tergelak sendiri aku.
kalo aku dulu2, air semayang dah amek dah time tu. tapi niat wuduk tak bace pon. belakon depan mak kan. asal basah muke, tangan , kepala, kaki cukup ah . hahaha !!


aku ingat lagi time tu aku sibuk nak kua gi ikot abang aku ngan cousin2 gi semak. nak gi cari 'alean king' if i'm not mistaken nama binatang tu .
mak aku time tu memang tengah musim garang gila. dia soh aku semayang asar dulu sebelom gi main kat lua.
so aku pon dengan malas2 nak cepat gi lah ' semayang ' ...
tapi semayang aku macam mane nak tahu ??
telekung suma dah pkai dah. sejadah pon dah bentang elok da..
tinggal nak bace je.
tapi apa yang aku buat ? mulut jek terkumap kamit ala2 bace dengan penuh khusyuk. siap buat bunyik 'shhhh3' kuat bagai kan nak bagi mak aku dengar kat depan. pas bagi salam cepat2 lari g ikot abang aku keluar. memey choiii kan aku dulu2...
rukun semayang sume complete aku buat dah. tapi slek tak bace jek .


bila dah besar ni terpikir sendiri. ape slahnya aku bace jek kan. dah siap pakai selekung dah kot ! jila2. . heeheee... nakal jugak kan aku time kecik2 .


kalo time puase jangan cakap lah . nyangyok abes . gi bilik air, minum air paip. sebelom masuk bilik air muke dah takde tenaga gila. masuk bilik air, terus segar ! pastu kua bilik air wat2 muke takde tenaga lagi. yang paling lawak, siap wat2 merayu kat mak . '' makkk.. nak bukeee.. tak larat sangat dah ni '' wat muke kesian lagi kan . choiiiiiiiiiiiiiiii.............. padahal awal2 aku dah telan air dulu dah . hekhekehek . .


tapi takpe, nanti kalo aku dah ada anak, aku akan make sure yang anak aku takan wat benda yang sama.
*and no worries, ibu dah tahu dah treat kau nak... hekhekhek ! :# berangan sat jadi mak . ;p

Monday, November 14, 2011

- JELES -

Apekah maksodnye bila aku jeles tengok X-BF aku kuar ngan BEST FRIEND aku sendiri ??
huaaaaaaaa !!! jeles2..

hmm.. takpelah. let them happy .
if they happy, i'm happy tooooo ~~





#sedapkan hati jerk . :)))

Wednesday, November 9, 2011

Korban ~~

Hi u ollz !!

Happy Belated Hari raya Aidiladha wat semuaaaa ~~
tahun ni merupakan tahun yang mana aku benar2 sambut raya haji tau !
bekorban gila hokeh .

korban dari segi masa, wang ringgit, CINTA   *erk !! 
laptopku rusaaaaakkkkkkkk !!!
screen plak tuuuu. hadoiii..
so now, stilll lagi belom repair.
ngah survey2 tempat lagi...
benda yang libatkan cost yang tinggi kenalah wat survey sebaik mungkin ! wah, hayatttttt ~~ hikhik...

so, da tak bole on9 kat umaa.. kat opis jela baru leh on9..
tapi ni pon kerja tengah banyak. tak sempat nak on9 mane pon...

apa yang wat aku betol2 stress , report praktikal nak kena hantar.
dan2 lah laptop rosak plak kan... bahagia betol. 
tapeee.. terima dugaan dengan senyuman~ :))))))))


k la.. will update again !
# mood : sedih. redha . 

Monday, October 31, 2011

Bila aku dah start syok sendiri . hihi ~

Hello everybody !

Today i'm so happy . so bila perasaan happy tu dah terlebih2, aku akan jadi terlebih perasan.
harap maklom . hehe .

perasaan sentap yang aritu dah tade. tadi lunch kite dating ! hikhikhik . # gedik abes . ;p
lama tak jumpe tawu . almost one month. nama jek tempat keje dekat2 . if teserempak pon men senyum2 jek . 
almaklom la. itu abg sombong lah ! hakhak . ;p # aku tak usha die pon ehhh ~~

actually si 'abg' itu tade pape feeling pon kat aku . aku ni jer yang syok sendiri . # memang aku dah highlite awal2 k.
tade la. macam syok plak men syok2 sendiri  . pelik kan. hihihi .
# pls, jangan cakap aku gila .

dia tak suka pon sebenarnye aku panggil die abg. tapi aku kan naughty kn. suke usik dia panggil die abg . 
' abg sombong la' ..'abg hensemla'  hikhik.

benda best bila kua dengan die apa tau . die ske ketawe2. even tengah mengutuk aku pon, still nak ketawe2.
then indirectly, aku pon jadi gila macam die jugak, terikot ketawe . sengal kan masing2. .
tapi memang ah . die suke kutuk aku tau . cakap aku COMEL la . mata sepet la. . pipi tembam la.. benci kan macam tu ! takpe, seb bek ncik abg ni COMEL jugak . so aku tak sentap pon ~~ # gedik lagi.

erk . ape pasat aku gedik sangat ni tah ? hmm. . bila lah lagi kite nak g dating kan. confirm lagi sebulan. or takpon tak jumpa lagi .
nak cari pasal ngan gf die kan aku ni . hahahaha !
aku pon tak sure lah ncik abg ni sebenarnya ade gf ke tak . # sila jangan kerutkan kening anda .
yela . aku ni time jumpe2 die ke time call ke, tak tertanya2 . macam aku ade tanya. tapi jawapan die kurang meyakinkan la . ah. LELAKI kot . 
lagipon die tu macam HARTIS la . mane2 pegi ade jek orang tegur . aku plak yang segan . kau HOT sangat eh Jang kat pontian ni ? teettttttttttttt.....



akhir kata, apa pon terjadi antara aku dengan die, AKU REDHA . hayat tak bole bla kan . hahahah !!
kbai !



Saturday, October 29, 2011

Glory Man U Glory ~ Hobin Jang Hobin ~

Hi uollz ! 
 
seperti yang sedia maklom. arini macam2 game best ade .
Man U vs Everton ( Man u lah menang~~ hekhek )
Chelsea vs Arsenal ( ehem2! Arsenal menang eh ~~ )
Man C vs Wolves ( ermm . .tak tahu g sape menang . )
and most popular match ;
Terengganu vs Negeri 9 ( Hobin Jang Hobin ! #frust senanye )

aku pelik dengan diri aku sebenarnya. 
pesal tah tetibe tak tentu pasal aku bole sokong ganu plak tah ! siyez. tak penah kot .
selalu aku memang sokong n9 lah . sokong org kg lah katekan . hihii ~
tapi tah hape aku mimpi tah malam tadi tetibe jer nk pegi pantai timur plak . haish . pelik2 .1 umah aku semua sokong n9 . aku jek tak tentu pasal sokong ganu . abg2 aku pon pelik dah . hahaha !
Sharbinee jaga macam haram ! kene rasuah ni ~~ hahahaa !

pape pon congratulation lah pade yang menang tu !

#mood : tengah sentap ngan  someone . kata nak dating! tipuuuu ! :(

Thursday, October 27, 2011

MAstermind~

Salam semua. . . .

Ha.. This time entry memang cocok dah ngan benda yang aku nak story ni. Hehehe. .
Kalo citer pasal master mind utk celebrate birthday orang, mesti awal2 lagi dah kua 2 tanduk kat atas kpale aku ni tau  !
Macam2 idea jahat akan kua dr ilham aku ni ha.
Ha… ye weh .
Aku ni nak kate nakal tu tak lah .yeke ?? No comment . Tanya ah member2 aku sendiri betapa BAIK nya aku bila bersama kawan2 tersayang. Ye. Aku baik. # masuk bakul angkat sendiri kan. Ahaks !
So bab3 nak kene kan birthday boy or girl, aku punyer idea lah ! Hihihihi. .
So far apa yang aku buat tak kejam mane pon eh.
Stakat tepung, telur, bdan basah kuyup je yang aku penah buat. Ha. Baik kan aku.
Well .hihihi .

Tapi kan weh. Ari tu akak2 opis nak celebrate birthday boss . Then tanya lah nak wat ape nye.
Erkkk ! BOSS kak? Mintak maap awal2 .utk boss, aku buang title master mind tu jauh2.
Gila kau nak kene kan boss ! Utk formal plak tu . Kalo bagi tang yang dengki mendengki tu bole lah pass kat aku. Ni utk boss. 1 idea pon aku tak kua kan. Join je bole lah .

So plan nye simple2 je. Mkan2 pon utk dak2 opis je. Surprise mane pon tak lah. Tapi menjadi jugak ah.
Mula2 beli hadiah dulu. .. Tadaaaaaaa !!





Intipati nya rahsia !  Hehe. .

Then . Pas present . . . . . .



Comel kan. Ini hasil pilihan hati aku ngan ika. .  :)
Ulangtahun yang ke bape tu pon rahsieeeeee .. .   . ;p

Then after we sang the birthday song,  cik nah pon macam surprise je kan .
Tapi macam sedih la aku tgk dia time tu .
Dala semalam kaki dia bengkak tersepak something.
Dah dia susah gila nak jalan.
Dari cerita yang aku dengar dr akak2 opis aku, cik nah tu walau sakit mane pon dia tetap tak tunjukkan rase sakit dia tu .still bole survive . Bejalan sana sini jumpa client, amek anak2 balik sek and masak2 kat umah . She's a good wife, mum and boss actually .
Proud of you cik nah ! :)
Lagi satu cik nah suke amek gambor. See!










 Tapi kan. Disebalik senyuman dia tu still nampak kan dia tengah tahan sakit tu . :(





K dah. Aku yang the sepet one kat situ .

# selamat ulangtahun cik nah . Semoga hidup cik nah diberkati selalu dunia akhirat . Amin . .

k, bai .











Tuesday, October 25, 2011

Ramli oh Ramli !





haih . ingat Man U ingat Ramli . 
hatoiyaiiiii . . bukan niat nak perlekehkan tau iklan tu . tapi tu semua tak mustahil kan utk player M'sia masuk2 club2 international ni macam Manchester United ni kan .

tapikan. apa yang wat aku nak berdekah2 menangis bila cita sal Ramli ni pasal game yang lepas ni lah . hadoii.


choiiiiiiii .

bukan aku jek, tapi semua Fan Man U kot frust nak mati bila tengok Man U kena masak dengan Man C .
tapi biasa la.. adat perlawanan . Maybe takde luck dorang for this time kan . tape, bagi chance kat yang lain2 plak . * sedapkan ati . erk !  So now MAn U kat 2nd ranking. followed by Chelsea ! <----- Booooo !! hahahaha !!

Walaupon aku tak tengok match last time tu, tapi aku sentiasa di update2 kan oleh member2 aku. 
pas abes je game, masing2 kutuk gila Man U ni . nak2 penyokong2 tegar Man C lah . dan juga fans tegar Chelsea, Liverpool bagai suma tu ! AAK ! 

Pastu soknya bace2 comment budak2 ni kat facebook macam choi lah ! lawak nak mampos . salah satunyer pasal ramli lah ! tu yang wat aku berdekah2 menangis tu . hakhakhak !

ada yang cakap Man U kalah sebab Alex tu tak turunkan Ramli lah .
ada yang cakap sebab Ramli masuk la. .
pastu siap wat dialog :
            Ramli : ayah, ramli dapat score 1bijik.
            Ayah : anak jiran sebelah score 6 bijik ramli .
hahaha ! gila sengal masing2 kan.

Sokeh Man U. kalah menang, lu tetap kat ati wa . bye !




Wednesday, October 12, 2011

' yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ! '

padan muke kat AKU ! !

Monday, October 10, 2011

Gigit jari lah macam ni .

erk . lapa sgt ke beb sampai nak gigit jari ?
hahaha !! tak twu lah entry ni kena ke tak dengan benda yang aku nak cerite ni. .
argghh ! dulik . nak cite jugak .

ari tu kan. sebelom wet JP* masuk, macam2 plan aku buat.
nak saving bagai .nak wat tu wat ni. dalam ati tu simpan duit awal2 nanti senang.
siap plan dah nak simpan wet utk wat downpayment beli keta ! ahaaii !! 
tak nak shopping2 . uishh . mulia sangat lah kan niat time tu . memang plan ala2 akauntan lah senang ckp !

ok. duit masuk 22hb aritu . now 10hb 11. TAKUT NYE NAK TGK BAKI DUIT DALAM BANK ...........
bape lah erk tgl . pakai kua jek .  INI SIRIYES !
hilang mane tah niat saving nye .
ni kalau pak cik GO* tahu aku ni kuat belanje, konpem tahun depan sume elaun kene cut2 punyer.
bukannye guna utk kebajikan or ke arah pelajaran . shopppppppppppinggg aje lah .

time2 ni lah nak nyesal tobat tanak shoping lagi.....
huaaaaaaaaa !! 

mintak maap ye. :(

Monday, September 26, 2011

A Life without You .

Salam semuaaaaaaaa !!
wah, kapan bangat sama ini blog lah !
SELAMAT HARI RAYA SEMUA !! 
Bajet macam kau ramai readers plak kan ! nyampah !

korang nak tawu something tak .
sunyi tau hidup tanpa si dia. . .
ala. . .peneman hidup aku selama ni lah .
dunia rase gelap gila !
hidup pon macam dok kat bawah tempurung rasa dia. 
haih .

BROADBAND OH BROADBAND !

paling terasa hidup seksa bosan nak mati tu  time kat office lah .
nak tunggu kol 5.30 tu macam nak kene tunggu 5 malam !
kalau ada kerja tu tak sangat lah . 
ni kalau tak ada kerja , lagi double triple-ple-ple-ple bosan nak mati .
bukan apa, nak borak2 lebih kang takot kena sound . 
nak tidur kang, nak kene hempuk apa. pagi2 masuk office nak sambung tido balik .

so. korang tawu tak apa aku buat ??
memalukan diri pinjam hp member. 
ape lagi, on9 lahhh !
hahahahaah . . 
tapi segan ah kan sik nak pinjam hp member jek.
and time2 tu lah rasa rugi gile tak beli hp yg bole wifi !
* jap2. .sebelom korang bertambah pening, computer aku tak bole connect dengan any wifi pon sebenarnya .
tapi ye weh . next time kalau korang macam ade terpasang niat nak beli handphone baru, pilihlah hp yang ade wifi ! siyez best ! nak tunggu aku beli handphone baru lagi kang memang nak kene hempuk lah ngan mak aku jawabnyer. . hohoho . .

tu yang kat office . yang kat umah plak. time2 ni sume game aku nak main .
tu pon kalau betol2 dah bosan sangat baru aku main . 
kalo tak. jangan harap lah .
so betul lah kan. internet pada masa akan datang akan jadi satu benda keperluan. bukan kehendak lagi dah .
yelah. nak2 bagi orang yang kaki fb,twitter bagai . gelap dunia kot .
tapi aku belom lagi lah naik pangkat status jadi kaki fb ni .belom lagi . .ianya sekadar saja2 suka suki aje . . hikhik . .

yela, bila takde internet ni kan. rasa otak ni outdated gila kan. padahal newspaper ade kot. 
ngade2 lebeh . memang macam tu . eh. bukan ngade2. pemalas kot . ;p
pastu rasa outdated tak tahu gosip2 semasa. hahahhahaa .  .well. i'm a woman  ! Girl !
bukan stakat gosip2 je. nak stalk orang pon tak dapat ! lagi macam haram kan ! hahaha . .
saya manusia lemah. memang macam gini .
hohohoho . .

so, moral of the story here is. next time mak abah bagi duit soh bayar bill, sila bayar ye .
kalau tak  . macam den ni lah ! hehehe .

Saturday, August 20, 2011

Tertipu . fine .

Today yang macam haram ! Ops ! maafkan saya . 20ramadhan ni memang hari yang mulia . tapi. .
aku ditipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu !! benci . benci . benci . benci .

adakah aku terlalu baik sgt ? adakah aku seorang yang tak tahu nak cakap No ! ??
orang mintak tolong, aku on aje .  .
ni lah kalau terhutang budi dengan orang kan . sampai diri pon dipergunakan .
hmmmm . . ..
sedih sebenarnye. . :(






Friday, August 19, 2011

Baik punyer plan !!!

Salam semua !!

Today is Friday . Yesterday was Thursday . and Tomorrow is Saturday ! ! <.-------------- * ayat orang boring okeh ! 

hurmmm. . .
lagi 10 hari nak raya. tapi 1 baju pon tak beli lagi  . .
Sometimes, what we plan does not works as the plan kan . even we have prepare plan B, C, D, and bla bla bla.  
tu lah . macam yang aku lalui lah skrg ni .
bila everything yang kite plan dah macam baik punyer, tapi last2 mcm tak baik punyer dengar kn !
sokey . .next time kite jumpa tau kawan2. . 
baru ingat nak jadi orang yang paling busy minggu ni . tapi tak. paling free kot ! huhu. .
hurmm . . .tak pe lah kan . dah tade jodoh. cewah  !

now, aku kat opis . mcm biase kerja rutin aku . on9 saje . .
nak kenal ngan something tak ??






tadaaaaaaaaaaa !!!!




tawu tak apo kobondo ni hah ?
sorry sebab gelap. sila zoom kan mata anda semua !! 

bende ni lah yang jadi peneman jiwa dan raga aku kat opis ni ha . sayang sangat2 kat kau tau !!
thank you Maxis ! thank you Broadband !!

Tuesday, August 16, 2011

Piiidahhhh !!





 ' kau cakap tak serupa bikin  ! ' <------------- special dedicate to ******











Macam tu lah . . . .

Salam readers !! 
dah selesai teraweh suma ?? bagi yang dah tu, alhamdulillah . .
bagi yang tak buat tu, ada masa lgi. .sok bole buat. rugi tau tak buat.
bagi yang wat 8 rakaat tu macam aku ni, pon alhamdulillah jugak ! hehehe ..

Alhamdulillah, atas kudrat Ilahi, selesai jugak lah puasa kita yang ke 16 ni. . cewahh !
so, lagi 14 hari lagi nak raya ! yabedabeduuuuuu !! hikhik. .

aku ada satu rahsia yang nk dibocorkan ni. . . haaaaa . . .jeng jeng jeng. . . 
dikala aku sibuk sangat kat  opis kan lately ni. .so, ngular lebih lah kan ! 
kerja aku ber-blogwalking jelah. . sonok tau kdang2 . .hahaha . .
so, kebanyakan blog orang yang aku bace, sume cantek2 tau ! cantik orangnya tu iye jugak.
tapi, cantek blog nyeeee !!
aku teringin sangat nak ada blog cantek2, comel2 macam tu.. 
tapi, almoklom lah. .nenek ni tak bape nak celik sangat bab2 IT ni . .so, blog nenek pon tak secelik mana. .
cemane eh nak buat? 
kalo lah ada orang yang baik hati, mulia ati, nak tmbah kan pahala di bulan Ramadhan yg mulia ni kan.
buat kn lah untuk nenek . . .nenek nak yang macam cucu2 punyer blog yang santek2 tu . .uhuhuhuh . .

Hohoohoho !! bajet kau ni artis ? pelakon top ? nak suruh2 orang buatkan ! Mimpi lah. . .
urm . . .Tu lah . nenek ni student jek . tu pon tak abes blaja lagi . huhuh . .
tunggu nenek dapat boipren artis, footballer or pelakon pupulah lah baru ada yang nak tlong nenek ni kan. . hohoho.  .yang ni lagi lah mimpi !! haha.. 

klah . . . jom sambung men game ! wehuuuuu !!