Thursday, December 15, 2011

Hate no one, no matter how much they've wronged you..

Live humbly, no matter how wealthy you become..
T
think positively, no matter how hard life is..

Give much, even if you've been given little..

Keep in touch with the ones who have forgotten you..

forgive those who has wronged you, 

And do not stop praying for the best for those whom you love.

i am shocked !

Salam.....

tak habes2 dengan shock aku ni kan..
ehh.. bese ah.. baru nak nampak dunia.. hihihihi !!

aku nak cite sal colleagues aku la.. ape lagik kan....
harini aku penat sikit bekerja . sebab aku kena tolong2 *tolong ke ? angkat barang untuk berhijrah....
berhijrah dari dalam bilik ke luar jek.. hekhek..
so, here apa yang wat aku shock sgt ni sebab......
aku yang kena pindah dulu. but barang2 aku suma senior2 aku yang tolong angkatkan !
wah ! baik betol kan. dorang yang bukak kn segala wire kat cpu aku tu..
dorang yang pasangkan balik..
dorang yang payah2 pikir cmane nak susun2 barang kat atas meja aku...
memang baik tau ! 
aku just tolong sikit2 jer.. angkat benda yang ringan2...jer.. hehehe....

aku solute kat dorang. even aku sorang je melayu. tapi dorang tetap baik ngan aku..
tu yang best tu....
lepas tu...lunch jer dorang tgu aku rehat. nak makan sama2..
kat tmpt aku yang chinese rehat kol 12.30...aku kol 12.45..
so dorang tgu aku rehat... slalu aku makan beli tapau makan sorang2 je tau kat office...
tapi hari ni aku makan ngan dorang.. hihihi..

time kat kedai makan, Ms. Goo ( Aku nyer senior la.. Account Exec ) amek kan pinggan aku, cedok kan nasi untuk aku.. wah.... baik kan... maybe dia memang jenis yang baik kot kan.. glad sgt dapat senior yang baik mcm tu..... :))) *slalu aku buat utk bangsa sejenis jek. hihihi...

lagi satu, setiap kali aku rehat, pas makan2 aku akan take time sikit on9 dulu baru aku pegi semayang tau.
tapi dorang ni tiap2 hari akan remind aku cakap.. " jila ha.. you tak pergi semayang ke ?" " eh jila... you sudah semayang meyh ? " , " eh. sudah pukul berapa ni. sempat tak you nak pegi semayang? ".. see ! 
aku plak yang segan.. hihi...

syukur sangat2 bila aku dpt kerja kat situ dan diketemukan dengan colleagues yang baik hati...
takde pic nak share kat korang la.. segan plak aku nak snap2 pic kat office tu .  hp pon cikai jek. 
nanti la.. if de mase aku share ah jugak kat korang environment kat office aku tu..

ha.... benda best yang aku dpt bila dah kena pindah meja di luar is,,,,dekat ngan pantry.. depan mata beb !! so pasni tanpa segan silu lah aku akan melantak segala hidangan yang ada kat pantry tu... hihiihihi~~~ 
:))
 






Sunday, December 11, 2011

- wordless-


IMY ABT.. :(









Tips tips ! :)

Petua Kuruskan Muka Tembam Pipi Tembam


Ha....... Semalam dah complaint2 pipi tembam sangat kan. So aku pon google la tips acane nak kempiskan pipi yang ter-over chubby ni ha........ 

JOm ! Check it out !!

Comel: Muka Tembam atau Pipi Tembam

Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam
Disusun oleh Amiene Rev 

Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.

Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. # memang sah. ni lah factor nyer. aku mmg suke tido pas makan. and aku memang pon suka gelak besaq ! hihihihi !!!  Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam. # ooo....patot laaaaa... hihiihihi!!

Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.

Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.
Tembam Yang Menakutkan


Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

Petua Kuruskan Muka Tembam Bagi Individu Berat Badan Normal
Kadang-kadang ada orang yang memiliki berat badan yang ideal, tetapi muka beliau bulat macam bola. Wajah yang seperti ini pastilah amat kelakar, bak kartun arnab Looney Toon yang dipanggil Bugs Bunny.

Sebab itulah bagi sesetengah orang, apabila diukur berat badannya menerusi Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan, didapati adalah normal atau ideal, tetapi disebabkan mukanya sahaja yang kelihatan gemuk, bulat dan tembam, menyebabkan dia disalah anggap sebagai gemuk! Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap individu tersebut kerana wajah tembam dan pipi gemuk yang dimilikinya menyebabkan dia sering dianggap gemuk, dikritik supaya turunkan lagi berat badan, dituduh dan difitnah kuat makan atau makan banyak, sedangnkan tuan punya badan punyalah menjaga makan dan minumnya!
Jurulatih Ansai Berwajah Tembam

Silapnya mungkin tuan punya badan kuat ketawa, selalu tidur selepas makan atau kuat bergurau. Patutlah kata orang, kalau kuat bergurau dan ketawa, badan sihat, kemungkinan ini merujuk pada kandungan lemak yang berkumpul pada pipi, dagu dan muka apabila seseorang itu kuat ketawa. Maklumlah, orang yang suka bergurau ini dianggap senang hati, manakala orang yang diam dan kurang bercakap dikatakan ada memendam masalah atau rasa tidak puas hati. Jadi bagaimanakah caranya hendak menguruskan muka yang tembam?

Cara keduanya ini hampir sama dengan senaman mimik muka yang disebutkan tadi, tetapi kali ini lebih kepada senaman mulut dan bibir. Mula-mula kuncupkan bibir macam hendak cium orang, tetapi anggaplah kakak-kakak sekalian hendak mencium putera katak supaya putera katak itu boleh menjelma menjadi putera raja yang tampan untuk menjadi pasangan hidup kakak-kakak sekalian. Ulang senaman ringkas ini secara laju-laju sampai bahagian rahang dan bawah dagu rasa lenguh dan tegang.
Kedua, naik atau lipatkan bibir bawah ke atas bahagian bibir atas seperti orang utan. Jangan risau kerana senaman ini tidak akan menyebabkan anda menjadi orang utan jadian. Ulang sampai 20 kali. Kata orang, kejayaan kaedah ini boleh diketahui apabila pada keesokkan paginya anda rasa sakit atau sengal-sengal pada bahagian leher. Jika hal ini berlaku, rehatlah dahulu sehingga kurang rasa sakit, lepas hilang rasa sakit barulah boleh disambung semula.

Choji Berwajah Tembam
PANDANGAN ORANG RAMAI TENTANG PIPI TEMBAM DAN MUKA TEMBAM
Amiene Rev telah menemubual beberapa orang warganegara Malaysia untuk mengetahui pandangan mereka mengenai wajah yang tembam. Apakah puncanya muka jadi tembam, bagaimanakah cara mengatasi muka tembam, baguskah pipi tembam, sukakah pipi tembam dan lain-lain pendapat lagi berkenaan pipi tembam dan muka tembam.

Che Pah Tembam: "Pipi tembam itu kan cute, tetapi bergantung pada sesetengah oranglah. Ada yang anggap pipi tembam sebagai daya penarik tetapi ada juga yang anggap pipi tembam ni sebagai satu kekurangan pada wajah."

Mak Soh Awet Muda: "Comel apa pipi tembam. Apalah tak suka pipi tembam. Suami saya kata dia paling suka dengan pipi saya yang tembam ini. Lagi pun, ha, ini ada satu petua ni. Kalau nak awet muda macam Kak Soh ni, ini dia petua awet muda ni. Biarkan pipi kita ni tembam. Tengok Kak Soh, badan kurus tapi muka bulat dan tembam. Percayalah, kalau wajah tembam tu, rezeki awet mudalah tu, tak payah nak kempis-kempiskan. Takkan nak bagi cengkung pula. Buruklah."

Ning Gadis Nogori: "OK apa pipi tembam. Cute pun ada. Sesungguhnya kecantikan milik semua insan yang bersifat sementara. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Tuhan."

Noraniza Idzlan: "Pipi kita pun tembam juga. Dari dulu sampai sekarang tembam tak pernah susut. Badan kita ni pun dalam kategori kurus. Masalahnya, suami kita tak bagi kuruskan pipi. Dia paling suka pipi kita tembam. Dia kata dia suka. Kalau punca faktor pipi kita tembam ni, kita tahu. Puncanya kita suka gelak. Sebab kita ni tak kuat makan, tapi kuat gelak. Gelak melampau-lampau. Bahagia selalu. Hi! Hi! Hi! Ha! Ha! Ha!"

Chew Fei Mao: "Pipi tembam? Cuba kau kunyah chewing gum tiap-tiap hari. Kalau tak silap aku kunyah chewing gum itu bagus itu senaman mulut punya. Mungkin ada dapat mengurangkan ketembaman pipi itu."

Kegemukan Pada Wajah - Wajah Terlampau Tembam
Jiwa Tembam: "Dulu-dulu selalu rasa macam kena ejek bila orang lelaki cakap suruh kita tembamkan muka kita ni. Adalah rasa risau tu. Ingat nak hilangkan tembam ni, tapi ada juga yang puji. Senyum nampak comel. Tembam kalau sesuai dengan bentuk badan OK."

Gadis Cinta Kolestrol: "Dulu kita gemuk. Berat 60 kilogram lebih kurang. Lepas tu kita diet. Sekarang ni dah turun jadi 45 kilogram. Tapi pipi tak mahu kurus juga. Pening kepala dibuatnya."

KESIMPULAN: Kebanyakan orang yang melihat suka bila seseorang itu kelihatan tembam, namun yang empunya diri tidak suka mukanya kelihatan tembam..



haaaa....... try ek nnt... mane tau bekesan ke nnti kan... hihihi !! 

G**** !

ASSALAMUALAIKUM.....


Aku stress ! stress ! Stress !!
baru seminggu je kot aku kat jb....
nape bila aku balik kg je masing2 cakap aku dah berisi ni ???
ketara sgt eh aku yang minggu lepas dengan aku yang minggu ni ?


ape yang aku buat eh kat jb tu ?
keje je kot. tido pon tido malam jek. tak terlebih tido pon .
aku wat keje pon penat macam wat keje piling !
so apa yang dah wat aku jadi tekembang sgt nih ?
confuse jap !


segan nak upload pic terbaru. hihiihi !!
padahal aku dulu sibuk kot nak nk gemok sikit.
so skg bila dah gemok, nak complaint nak kurus blk plak..
confuse lagi ! hihihihi !!


bila dorang tego aku gemok, aku hanya mampu tergelak jek .
dalam hati remuk habes ni.. kahkahkah !!


tak bole control lah selera makan aku skrg.
jajan2 pon sekarang aku bedal jek kot. coklat2 pon sama !
padahal dulu aku nak tengok jajan2 ngan coklat ngan ice cream pon jeling2 jek dulu.
tapi sekarang tengok makanan2 tu lama kemain siap telan air liur lagi. choy !
maybe tu faktor nye kot ! 
waduh2...parah dah ni...............


# kecoh gila kan aku ni... !! lalalaalala~~~ :P

Sunday, December 4, 2011

Totally different ah!

Dulu aku hodoh. sekarang aku dah cantik !
Dulu aku gemok, sekarang aku dah slimmm ah !
Dulu aku masam, sekarang aku manyak manis ah !
Dulu aku tak happy, dan sekarang aku manyak happy ah !

ha... beza tak beza tak ? * sambil wat muke cute bodoh.
# seriously, statement di atas BUKAN refer kat aku eh. 

wait wait wait wait !

ASSALAMUALAIKUM ~~~

ok. mood nak bercerita dah ade...
haa... mesti ah nak cerita pasai life terbaru sekrang. sejak dah ade kerrrjaaayaaaa ni.... choy !
# clerk jek pon. aisehman...

awal2 aku nak cakap, i got culture shock !! 
pehhhh.. gila ah ! baru 2 hari setengah kerja dah culture shock seh !
# positive sikit eh... :)

dulu2, awal2 datang office, bukak broadband. 
tapi sekarang, wifi dah ade dah..

dulu2, datang2 office kena kemas2 dulu. sapu2 sampah .
sekarang, dah ade aweks indon yang bikin semua tu dah....

dulu2, sebelum wat kerja, breakfast dulu kat pantry.. kol 9 lebih baru start wat kerja.. tapi, tu kalau ade kerja lah..
sekarang, datang2, terus wat kerja.. mana tak nya, atas meja bersusun kerja nak kena buat..

dulu2, wat kerja diselangi dengan facebook and twitter bagai.. YM pon kenkdg....
dan juga blog2 gossip. wajib setiap hari tau ! #pekerja tak guna mcm ni lah ! haha.. 
sekarang, kerja tak sempat nak on9. on9 kejap je pon sebab nak tengok currency. skynet semua.

dulu2, wat kerja sambil beborak jugak. 
sekarang, nak bukak mulut pon pasal kerja je.. kalo tak.. diam jela.. dok dengar jer dorang borak2 dalam bahasa tercinta dia.. cina la.. apa lagi...

dulu2, sambil wat kerja sambil pikirkan lunch nak makan apa eh. sok pagi nak breakfast ape eh..
sekarang nak pikir sal makan pon tak sempat. tengok2 dah pukul 12.30.. tapi dah nak 12.30 pon mereka boleh lagi macam ni.. " jila ha.. nanti you tolong ini issue cheque, you nanti ha buat voucher ini.. you ha nanti call sekian2 tanya itu ini... nanti ha.. you kasi itu olang voucher ini.. " OMG OMG OMG !!
bila nak makan ni... bengang tu bengang jugak la.. tapi aku tak geram mane, sebab dorang pon sama jugak. kerja banyak. dorang lunch pon lambat jugak..

dulu2,  nak dekat 5.15, aku dah start kemas2 dah. 5.25 dah ade kt atas sofa borak2 sambil tunggu jam 5.30.. tepat2 je jarum saat dah sampai ke no 12, tepat2 5.30 terus kua office. see, betapa on time nye kitorang kan ! hahahaha !!
tapi sekarang, dah kol 5.30 macam pukul 4.30 lagi jekan.. kerja bertambah2.. kalo bole semua benda nak kena siapkan before balik. and perkara yang sama terjadi macam nak lunch tu. macam2 nak kena buat kalo dah pukul 5.30 tu.. so far aku balik nak dekat kol 6 la.. tu pon naseb bek aku bukak mulut cakap nak balik. kalo aku diam jek mau tak pukul 7 baru aku kua office... haih....

lagi satu, apa yang aku nampak kan. every single things dorang wat proper punyer. semua nak kena remarks. even nak pass document kat orang sebelah je pon. kalo nak wat account lagi lah details abes. 1 perkataan tak paham pun kena call tanya apa kejadah tu semua. nak2 bila nak deal dengan bos. gila kau. muka macam dah ade 5 botol cuka bertepek kat muka tu. seram mak nak ! tapi dah kerja kan.. by hook or by crook, kena lah buat.....  

tengok. berbeza kan kerja dengan company melayu dengan company cina ni kan.. 
tapi no wonder la.. big company lagipun.. so memang akan face dengan macam ni punya..
i take it, accept it as positive. it gives me an experience so that easier for me to face it in future. nanti tak lah shock sgt kan. ok ok.. positive keh.

aku tak merungut sangat la.. sebab berbaloi jugak lah kot kerja yang aku buat dengan gaji yang dia bagi....
tapi yang aku stress sikit, and wondering.. kerja kat account department memang muka2 orang yang selalu balik last eh  ?? hadoii... kenkadang rase mcam pas grad tanak kerja jek. kawen pastu dpt elaun dari husband    
sebanyak macam kalo aku kerja.. choy ! boleh macam tu ?? memang gila kan...

tapi tu baru clerk nye kerja je. belum lagi executive, officer semua.  lagi lah stress gak nya kan ! sian2.. naseb badan lah amek course account kan... 

Hmmmm... tak pe. mak ok jer ! hihihihi !