Friday, January 25, 2013

Matrikulasi vs Diploma

Assalamualaikum .

la ni aku still job hunting lagik. huhu
masih mencari peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik.
alhamdulillah. rezeki tak terputus lagik.

sebenarnyakan, aku nak cerita siket pasal pengalaman aku ni. 
aku ni ex-matrikulasi. kat Kolej Mara Kuala Nerang. 
sebenarnya matrikulasi ni bagi aku macam exclusive passport untuk seseorang nak masuk ke degree.
yang mane tak semua orang dpat pluang untuk dpatkan passport ni.
best jadik budak matrik ni. nak2 time dah dapat degree. 
dalam class asek dapat pujian dpd lecturer jek as compared with ex-diploma.
student yang polite, bijak, cepat pick-up, takde masalah attitude. 
kadang-kadang sian dengan budak2 ex-diploma. macam di anaktirikan. 
selalunye lah kan, student yang banyak perform dalam class selalunye student yang dari ex-matrikulasi.
tapi ni yang berlaku kat kampus aku lah. tak tahu lah kat U lain lak kan.

ade pro's and con's nye amek matrikulasi ni tau. nak-nak dari segi nak apply kerja bagi yang bercita-cita nak kerja dengan gomen. kalo swasta tu aku rase tak de problem sangat kot.
seperti yang sedia maklum sijil matrikulasi ni tak diiktiraf oleh mane-mane agensi untuk cari kerja okay.
contoh if korang ade dari matrik then ke U. tapi bila dah kat U contoh korang tak dapat perform then kene kicked. korang nak carik kerja nak gune sijil matrik yang first class tu, tak laku okay. korang kene gune sijil tertinggi yang korang ade. so SPM jelah kan. haa... tu yang risiko nye. tapi alhamdullilah lah aku selamat dah habeskan degree aku dengan jayenye. hehehe.

lagik satu, masalah yang aku sedang alami untuk sekrang ni. yang mana aku ni memang lah sangat2 bercita2 nak kerja kat gomen. basically gred untuk lepasan degree kat gomen ni is G41 aka pegawai2. tapi common problemnye is, untuk dapatkan status kerja Gred 41 ni kenelah ade experience 5-6 tahun. sedangkan kite ni fresh grad yang has zero knowledge. acaner tu nak dapat. unless memang ditakdirkan rezeki kita dah tertulis untuk dapat kerja berstatus tu waktu tu, sebesar halangan yang korang hadapi, korang still akan dapat kerja tu. betol tak ? tapi aku jenis yang bukan mengharap kerja yang tinggi macam pegawai2 tu. dapat yang penolong pon jadik ah kan. so, aku apply jek position2 yang ade penolong pegawai. gred lebih kurang N27, 29 camtu lah.. tapi masalahnye kan, nak dapatkan position penolong pegwai ni perlukan sijil diploma ataupun STPM. aku takde semua tuuuu.... :(  

basically gomen tak kan amek applicant yang ade degree untuk position yang lagik rendah. contoh semalam aku ade terbaca soalan-soalan yang selalu dikemukan oleh orang2 kat page LHDN. ok, semua orang memang verangan sangat nak kerja dengan LHDN okay. GLC yang bagi benefit yang masyuk dekat staff dia. sape yang tak nak kan! one of the question yang dikemukakan, "Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih
rendah? "
and jawapan nye, "Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi 

dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang  dipohon dan pemohon mempunyai 
kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma, anda boleh 
memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang 
memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon 
jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma dengan syarat pemohon 
mempunyai kelayakan di peringkat Diploma. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat 
matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma.

see? tak laku tau. takkan nak gune spm?? penat belaja dari matrik ke universiti 5-6 tahun nak dapatkan degree tapi nak apply kerja gune spm jek. huwaaaaa!! 
tu lah masalah nye yang aku hadapi sekarang. honestly memang aku berangan sangat nak kerja ngan gomen or any GLC . untuk benefit masa depan kan. hehe! tapi belom rezeki aku lagik kan....

kalo korang amek dah ade degree, and dari lepasan diploma senag siket ah kan. susah2 nak dapat kerja berstatus degree tu, korang bleh guna  sijil diploma tu aje kan.. turun siket jek ah kan gajinye. kalo aku, dari degree nak gune spm, gaji lari jaoh woooo...  huhuhu..

sebenarnya cukup je rezeki yang aku ade sekarang. untuk aku sorang ye, memang cukup. tapi nak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapanye, tidak. that's why aku perlukan kerja yang bagi peluang yang lebih baik untuk mak abah aku. dorang dah tua. aku takut aku tak sempat nak membalas jasa mereka.  :(

tapi aku percaya pada ketentuan Allah. apa yang tertulis ade hikmahnya. dan aku tak putus-putus berdoa kepada-Nya. Alhamdulillah Ya Allah.    :)

Sunday, January 20, 2013

Dengar! Dengar! Dengar!

Assalamualaikum!

Listen! Listen! Listen ! (said it up to 10x pls!)
currently the issue of  "Listen10x" ni sesangat ah top gittew kat tenet skrang..
fb, twitter, youtube bagai sume. but aku realized bende ni kat fb.
aku dok heran why dorang asek post listen2 jek.
mule2 aku tak amek port sangat. tapi aku nengok dah banyak sangat dah orang cite.
so, aku tanye lah kat sorang kawan aku ni listen2 tu pasal ape.
 then dia cite la sal video Program Suara Mahasiswa UUM..
ooo... then aku pon google ah video tu..google2 terjumpe lak video parodi si Matlutfi tu..
aku pon nengok ah.
pestime tengok, siyez aku tak paham langsong. dalam hati aku, ' apelah yang cuba disampaikan mamat ni ek'  reaction aku time nengok video ni cume gelak jek. yek ah, mamat ni cute and klako kot!
then aku memang tak puas hati sebab tak paham langsung.
then aku carik g original video ni.. got it!
after nengok video tu then dalam hati aku berkata "ooooooooo....paham2.."

aku nengok ramai no bagi komen sal video ni. aku pon nak !! hehehe!
ni opinion aku yang jahil bout anything ah.
bagi aku, program yang diadakan on that time was for mahasiswa/siswi aka students kat situ ah.
dah nama pon suara mahasiswa kan. so, everyone has their own right to speak ah kan..
tak kira lah kite nak cakap ape pon, erk, tapi makesure ape yang nak diperkatakan tu mestilah berasas dengan program ang give meaningful to people yang ade kat hall time tu. habes jek aku tengok video tu, aku betul2 tak puas hati dengan:
1. Sharipah
2. audience dalam hall.

aku solute kat Bawani tu. sebab, cara dia tanyakan soalan, seyez bagus! dia study dulu apa yang dia nak tanyakan.. bile PTPTN ditubuhkan, negara-negara mane yang beri pembiayaan percuma untuk students , court's rule untuk perhimpunan bersih.  kire dia tak cakap kosong ah kan.. yes, i did impress with her!
cume yang tang maksud demokrasi, anarki tu sume tu tak tahu lah dia tahu ke tak kan.. aku pon tak tahu wei! hehehe!! lupe.. kekeke!

yang aku rase nak hentam si sharipah tu is because she's too rude ah. dia cakap yang si Bawani tu tak respek die sebab budak tu tak berenti cakap bile die cakap listen. err.. what the fish! yang ko tak bagi orang tu abeskan apa yang nak disampaikan tu mende plak. cube ko biakan dulu budak tu abeskan ape yang nak disampaikan. mane tahu main point dia tu tak kua lagik ke kan. dah orang len salah sangka. pende aah. mentang2 budak tu agama len. eh Islam galakkan kite respect others tak kira dengan bangsa apa pon. bukan stakat dengan grandmother, mother, children, adults je mcm yang ko cakap tu. respect bangsa lain pon kene jugak okay. memang shake hand tu dah menunjukkan ko respect die. bes yang ko malukan dia depan audience tu ape kejadah plak kan, ( perasaan marah kuasai jiwa )

ape yang ko jawab pon aku rase tak sampai. bagi contoh binatang pon ada problem. tapi macam tak kene jek contoh dia. or maybe aku jek yang tak paham? haha! ye, memang semua hidupan kat dunia  ni ade masalah. tak perfect. maybe dia nak sampaikan yang tak semua negara ade masalah tersendiri. tu yang wujudnye pencetus2 demokrasi and whatsoever tu kan. normal tu. okay, paham. lagi satu si Bawani tu just bagi contoh kenapa negara luar boleh bagi pendidikan percuma kat students nape tidak ade kat mesia jugak an? so maksudnya dia nak tahu kenapa lah kan. maybe die tak paham sistem kat mesia ni. mcm impossible nak bagi pendidikan free kat sume. high risk jugak kan. die tak paham, then dia tanye lah. bukan bermaksod die complaint . haiyaa!! tanya and complaint tak sama okay!! siap die nak suruh bawani blah dari UUM jek. itu ke contoh president?? anda tahu menilai kan.....

second party yang aku tak puas hati is, dengan audience kat situ. aku nengok dorang ni mcam ape tah. macam lalang ditiup angin. bile angin ditiup dari arah kanan, die ke kiri. bila angin bertiup dari arah kiri, dia ke kanan. macm takde pendirian kot. mule2 bile Bawani bukak issue pasal pendidikan free, kuat korang tepuk tangan kan. oh, bende free, sume ah suke kan. tapi bile si Sharipah tentang si Bawani tu, korang tepuk tangan jugak! mane yang korang sokong ni?? bila Sharipah tu hentam si Bawani, korang pon syok jugak tepuk tangan. macam sokong ketidakhormatan Sharipah terhadap Bawani tu. Oh.. ini tidak baik ye kawan-kawan. mentang-mentang sharipah tu president, ingat dia betol sangat ah kan..  Oh. Tidak ye rakan-rakan.. semua ada kelemahan and kekuatan masing2...

bila aku nengok banyak kali video tu kan, rase sakit ati bebeno plak. baik tak payah tengok lagii erk! banyak dose aku nnt bile ade perasaan marah. hehehe... ape yang aku cakap ni just my opinion jek. everyone has right to give opinion kan.. same goes to me lah.. actually, benda yang BAwani cakap tu macam dah masuk bab politik sebab ade sebut pasal prhimpunan bersih sume tu kan. actually, kite yang students ni tak payah amek port sangat sal politic ni. Politic is suck okay. nak2 nak pilihan raye ni. macam2 hal. cukup kite tahu sape pemimpin kite, how they manage our country. and our country berada dalam keamanan. kalo ko kaji segala2nye, ko akan rase tibe2 ko rase mcm tanak undi sape2. choi! macam aku lah! ahahaha!!!
cukup kite tahu, sume bende yang berlaku ade pro's and con's nye. anda pasti tahu menilainye!
hekhek!

i think quite long ah story aku kali ni.. hehe!
hidup JDT! ( tak pasal-pasal )

Tuesday, January 15, 2013

ZzzZZzz..

Assalamualaikum!

tadi siang aku gi JPN ( Jabatan Pendaftaran Negara) gi amek kan MyKid anak cousin aku.
alang-alang opis aku kat atas tu jek kan. ape kesalahnye aku turun bawah jap pi amek kan.
seluruh warga pontian memang tahu yang JPN ni memang terkenal dengan tempat yang always sesak dengan manusia2. aku pon tak paham ah knape. kalo aku nak pegi opis pagi-pagi tu, mesti aku kena parking jaoh-jaoh. sebabnya parking kat situ asek penoh jek. naseb bek ah kat situ area free coupon. jimat duit kan.
pastu time tengahri pon orang still ramai jugak. belom pukul 2 lagi, dah ramai yang menunggu kat depan pintu tu. *sigh.

tapi kan. ade satu time tu kan. musim hujan tau. waktu lunch aku balik rumah je. then nak dekat kol 2 time nak masuk opis tu, hujan pulok. carik2 parking tade seyh. tak ke geram kan. so kena lah parking jaoh ciket..
dah lah time ujan, angin kuat plak tu. naseb baik kat handbag aku ade payung yang memang muat-muat untuk sorang jek.
so aku kua lah kereta dengan payong. boleh plak time tu aku pakai baju kurung kain terbelah. aish.. naseb bek kat dalam aku pakai lagging. so, angin tiup nampak lagging aku jelah. tak nampak kaki sangat.
tapi segan jugak ah kan orang2 kat depan tu nengok. pastu di tambah dengan angin kuat. boleh plak time tu payung aku tetibe jadik tak strong! nak terbang kot payong aku tu kebelakang. rosak. aish. time-time ni plak ah kan payong nak rosak. bayangkan lah cemana aku nak jalan dengan angin kuat tangan sebelah nak pegang handbag and payong, tangan lagik sebelah nak cover kain yang dah terangkat dek angin and lagik satu tangan nak betolkan payung yang dah kebelakang nak terbang. *eh, tak pasal-pasal aku ade 3 tangan kan. nak-nak plak baju aku warna biru plain. so , kena ujan nampak lah basahnye kan. ramai ler yang menonton drama 60's aku time tu. berjalan tengah hujan, pegang payung, angin kuat. huh. choi kan.
pastu naik-naik opis dengan baju nampak tompok-tompok hujan ade plak sorang client lelaki dah menunggu. adush.. sengih-sengih dah die nengok aku masuk opis basah-basah. aku bebel-bebel die gelak kan aje. ah, lantak mu lah.

tapi yang aku hairannye, tadi aku masuk JPN tu tade orang! pelik. then ajaib pon ade. bila aku masuk tu, tengok tade sorang pon yang tengah menunggu. ade lebih kurang 6 counter, 1 counter jek yang ade orang. then aku kua balik nengok kat pintu ade tampal pape notis ke kan btau operation close ke ape kan. eh, takde. then aku masuk jela balik gi kat kaunter satu.

Aku: err..Puan, harini kalo nak amek mykid boleh tak?
Puan tu : eh, boleh la. ...Kak Midah, ni ade orang nak amek mykid. (panggil kawan dia)

datang lah si KAk midah tu kat kaunter..

Kak midah : nak amek mykid sape dik?
Aku: anak buah...
kak midah : ooo.. ingat nak amek anak punyer..
aku : eh, tak lah. belum kawen la cik.. hehe..
kak midah : takpe dik. jodoh lambat-lambat takpe. bia lah orang nak ckp ape.
                   asalkan tak ganggu jodoh orang dah la.
aku : (terkejut plak aku tetibe dia ckap cmtu, then aku tuko topik ..) cik, pelik je hari kosong tade orang. ingat operation close, system breakdown ke kan..
kak midah : len kali kalo nak datang time-time camni la... jangan carik pasal nak datang time cuti sekolah. memang cari nahas lah nama nye...
aku : ooo.. patot la...kalo tak kan orang asek penuh je kn..

so tak sampai 10min lah aku kat situ.. naseb baik kan.. huhu

harini seluruh warga negeri 9 cuti. sebab hari agong dorang kot tak silap.
termasuk la si anan tu. tapi dia gi KL lak g melawat ketua dia kat hospital.
minggu lepas die standby, so sesangat busy mcm perdana menteri. sian tengok dia. so, aku paham la kan kalo dia tak text or call aku knp kan.. bagi ler chance die fokus kat keje dia. choi. kalo text pon dia just btau yang dia dah g kerja, balik kerja, nak tido, sakit perut ( tak pasal2 )..
tapi minggu ni dia tak stndby. tapi dia tak text aku pon tanya dah makan belum, sihat ke ape kan. ( ngengade aku kot). balik-balik kl dia cakap dah smpi umah, n nak tido kejap.
then aku reply:
aku : mok tak luangkan mase dengan owg pon ?
anan : tak baik mok ckp cmtu..
aku : dah, gi lah tido. owg pon nak tido dah jap g. ngantok mate. (awal g kot!)
pastu anan terus call.. membebel la. kecewa aku tak paham dia la apa la.
aku diam jek. haha!

pastu dia bangun tido, dia call lagik.
anan: blablablablabla...orang dah bangun nak wat time shift ni.
aku : ok.. eh, mok2.. dulu mase mok mula-mula tepon owg mok cakap suara owg sedap kan?
anan : aah. nape?
aku : yeke mok? sedap eh. (menggedik )
anan: nape, ade orang laki call ckp cmtu jugak ke?
aku: eh, takdela.. saje tnye. teringat je.
anan : jangan main gile mok..
aku : takk la mok.. bes sekrang mok? sedap g tak?
anan :bole laaaaa... k lah, orang nak smbung buat keje ni.
aku : ok, bye..

aku ni jenis yang cepat angin and cepat sejuk. and anan plak yang aku perasan, die cepat melenting and cepat sejuk jugak . so, 2x5 ajelah dengan aku... sebab tu ktorang kalo gado, kejap jek. petang gadoh, malam dah ok. malam gado, sok pagi nye bukak buku baru da, lupekan yang malam tadi punyer. senang no gitu kan. seyes, paling lama ktorang penah gado, sehari jek.. sebab tu slalu gado. haha! aku lah yang slalu carik pasal. kehkehkeh!

erk, panjang no entry aku.
k, bye!





Friday, January 11, 2013

24 = matured :)

assalamualaikum...

pernah tak orang cakap ko gedik? ans: ade-ade!
pernah tak orang cakap ko baik? ans: ade-ade!
pernah tak orang cakap ko matured? ans: pon ade!

eh, tapi ye tau. kazen2 aku tego, aku ni matured dah. post or komen pape kat fb pon ayat matang abes. memang choi! haha.
then aku pikir2 balik.. "yeke?"
then aku jawab la... " da 24 kot. haha"
aku pon rase diri aku ni dah matured.
dah ade perasaan malu gittew. choi lagik!
ke sebab aku kat opis bergaul dengan akak2 yang dah 40's ? oh. maybe.
tapi ade jek yang ckap aku ni gedik, ngengadew mintak penampo.
cer teka sape yang slalu cakp cam tu?
bestfriends aka housemates aku, beserta jugak ah boipren aku (kunun).
they know more about me. ni kalo dorang bace blog aku yang ala-ala matured ni mesti dorang tak shangke yang dalam diam, aku ni ade perasaan matured. haha. choi jugak!

tapi kalo dengan anan, aku mcm budak2 sikit. gewdixx!
kuat cemburu! and particular gile in what ever things.
die jek yang tahu betape particular nye aku.
mesti dia banyak makan hati jek kan dengan aku.
and yes, aku memang kuat cemburu. cume kadang2 untuk tak nak kerohkan keadaan, aku pretend jadik manusia paling cool kt dalam dunia! haha!

kejap jek dah 24 kan.
aish.. risou la. banyak g aku kene perbaiki diri aku sebelum melangkah stage tu.
:)

Tuesday, January 1, 2013

hello 2013!

wah, my first entry for 2013!

assalamualaikum semua!

bertambah tahun, bertambah lah jua umurku lahai..
24 oredi . :)
kejap je kan dah 24.
dulu-dulu time kecik-kecik verangan nak kawen umur 25 or 26. choi!
keje tetap pon takdok lagik. nak pikir sal kawen tak payah la kan. jasa mak abah pon belum berbalas lagik.

eh, welcome 2013!
semenjak dah kerja ni, kena start buat azam. hehe! dulu time belajar, follow the flow je. tapi tahun ni, a few things i want to do ;
1. takkan putus asa untuk cari kerja yang tetap!
2. nak bagi mak abah duit tiap-tiap bulan.
3. nak simpan min RM50 setiap bulan kat account mak diam-diam. untuk duit kocek mak aku nak pegi umrah insyaAllah 2014.. if ada duit lebih, bagi lebih. hehe!
4. nak jadi seorang muslimah sikit. nak jaga aurat. berubah slow-slow.
5. nak jadi gf yang lagik understanding. hehe!


hee... tu je yang aku nak wat untuk tahun baru ni.. moga dipermudahkan segala urusan untuk aku capai 5 benda ni. amin!



k, assalamualaikum!