Friday, January 25, 2013

Matrikulasi vs Diploma

Assalamualaikum .

la ni aku still job hunting lagik. huhu
masih mencari peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik.
alhamdulillah. rezeki tak terputus lagik.

sebenarnyakan, aku nak cerita siket pasal pengalaman aku ni. 
aku ni ex-matrikulasi. kat Kolej Mara Kuala Nerang. 
sebenarnya matrikulasi ni bagi aku macam exclusive passport untuk seseorang nak masuk ke degree.
yang mane tak semua orang dpat pluang untuk dpatkan passport ni.
best jadik budak matrik ni. nak2 time dah dapat degree. 
dalam class asek dapat pujian dpd lecturer jek as compared with ex-diploma.
student yang polite, bijak, cepat pick-up, takde masalah attitude. 
kadang-kadang sian dengan budak2 ex-diploma. macam di anaktirikan. 
selalunye lah kan, student yang banyak perform dalam class selalunye student yang dari ex-matrikulasi.
tapi ni yang berlaku kat kampus aku lah. tak tahu lah kat U lain lak kan.

ade pro's and con's nye amek matrikulasi ni tau. nak-nak dari segi nak apply kerja bagi yang bercita-cita nak kerja dengan gomen. kalo swasta tu aku rase tak de problem sangat kot.
seperti yang sedia maklum sijil matrikulasi ni tak diiktiraf oleh mane-mane agensi untuk cari kerja okay.
contoh if korang ade dari matrik then ke U. tapi bila dah kat U contoh korang tak dapat perform then kene kicked. korang nak carik kerja nak gune sijil matrik yang first class tu, tak laku okay. korang kene gune sijil tertinggi yang korang ade. so SPM jelah kan. haa... tu yang risiko nye. tapi alhamdullilah lah aku selamat dah habeskan degree aku dengan jayenye. hehehe.

lagik satu, masalah yang aku sedang alami untuk sekrang ni. yang mana aku ni memang lah sangat2 bercita2 nak kerja kat gomen. basically gred untuk lepasan degree kat gomen ni is G41 aka pegawai2. tapi common problemnye is, untuk dapatkan status kerja Gred 41 ni kenelah ade experience 5-6 tahun. sedangkan kite ni fresh grad yang has zero knowledge. acaner tu nak dapat. unless memang ditakdirkan rezeki kita dah tertulis untuk dapat kerja berstatus tu waktu tu, sebesar halangan yang korang hadapi, korang still akan dapat kerja tu. betol tak ? tapi aku jenis yang bukan mengharap kerja yang tinggi macam pegawai2 tu. dapat yang penolong pon jadik ah kan. so, aku apply jek position2 yang ade penolong pegawai. gred lebih kurang N27, 29 camtu lah.. tapi masalahnye kan, nak dapatkan position penolong pegwai ni perlukan sijil diploma ataupun STPM. aku takde semua tuuuu.... :(  

basically gomen tak kan amek applicant yang ade degree untuk position yang lagik rendah. contoh semalam aku ade terbaca soalan-soalan yang selalu dikemukan oleh orang2 kat page LHDN. ok, semua orang memang verangan sangat nak kerja dengan LHDN okay. GLC yang bagi benefit yang masyuk dekat staff dia. sape yang tak nak kan! one of the question yang dikemukakan, "Bolehkan saya memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk yang lebih
rendah? "
and jawapan nye, "Boleh, dengan syarat kelayakan yang anda miliki itu tidak melebihi satu peringkat lebih tinggi 

dari kelayakan yang ditetapkan untuk jawatan yang  dipohon dan pemohon mempunyai 
kelayakan di peringkat berkenaan. Contoh: Jika anda memiliki kelayakan Diploma, anda boleh 
memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk SPM. Demikian juga pemohon yang 
memiliki kelayakan ijazah sarjana muda di peringkat ijazah kepujian/am boleh memohon 
jawatan yang mensyaratkan kelulusan di peringkat Diploma dengan syarat pemohon 
mempunyai kelayakan di peringkat Diploma. Walau bagaimanapun, kelayakan di peringkat 
matrikulasi tidak dinilai setaraf dengan kelayakan Diploma.

see? tak laku tau. takkan nak gune spm?? penat belaja dari matrik ke universiti 5-6 tahun nak dapatkan degree tapi nak apply kerja gune spm jek. huwaaaaa!! 
tu lah masalah nye yang aku hadapi sekarang. honestly memang aku berangan sangat nak kerja ngan gomen or any GLC . untuk benefit masa depan kan. hehe! tapi belom rezeki aku lagik kan....

kalo korang amek dah ade degree, and dari lepasan diploma senag siket ah kan. susah2 nak dapat kerja berstatus degree tu, korang bleh guna  sijil diploma tu aje kan.. turun siket jek ah kan gajinye. kalo aku, dari degree nak gune spm, gaji lari jaoh woooo...  huhuhu..

sebenarnya cukup je rezeki yang aku ade sekarang. untuk aku sorang ye, memang cukup. tapi nak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap ibu bapanye, tidak. that's why aku perlukan kerja yang bagi peluang yang lebih baik untuk mak abah aku. dorang dah tua. aku takut aku tak sempat nak membalas jasa mereka.  :(

tapi aku percaya pada ketentuan Allah. apa yang tertulis ade hikmahnya. dan aku tak putus-putus berdoa kepada-Nya. Alhamdulillah Ya Allah.    :)

No comments:

Post a Comment